fb fb fb fb fb

Lebih 150 tapak warisan bersejarah musnah akibat pencerobohan Rusia

(FOTO AFP)

PARIS, 24 Jun- Lebih 150 tapak warisan bersejarah di Ukraine musnah sejak pencerobohan Rusia ke atas negara itu.

Justeru, Pertubuhan Sains, Pendidikan dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO) mendesak serangan ke atas tapak bersejarah itu dihentikan segera.

(FOTO AFP)

Menurut UNESCO, secara keseluruhan terdapat 152 kawasan bersejarah dikesan musnah akibat serangan ketenteraan.

Antaranya muzium, monumen, bangunan keagamaan dan perpustakaan.

Ekoran itu, UNESCO akan meningkatkan usaha bantuan kepada Ukraine bagi merekod segala kerosakan yang berlaku.

Ketua Pengarahnya, Audrey Azoulay turut mendesak serangan ke atas tapak bersejarah tidak lagi dilakukan.

Sebelum ini, Ukraine menuntut agar keanggotaan Rusia dalam UNESCO digugurkan.-AFP

Media Baharu