fb fb fb fb fb

Lebih 100 penerbangan batal di lapangan terbang Dublin kerana ribut

FOTO REUTERS

DUBLIN, 22 Januari - Sebanyak 102 penerbangan dari Lapangan Terbang Dublin terpaksa dibatalkan berikutan ramalan akan berlaku ribut sepanjang hari di lapangan terbang itu.

Menurut pengendali Lapangan Terbang Dublin dalam catatan di platform media sosial X, ribut Isha telah memaksa pembatalan 24 pendaratan ke lapangan terbang itu, manakala 27 penerbangan memilih untuk melencong ke lapangan terbang lain.

Perkhidmatan meteorologi kebangsaan Ireland Met Eireann mengeluarkan amaran cuaca tahap jingga pada awal Ahad untuk kebanyakan negara, termasuk Dublin.

Keeadaan cuaca itu dikhuatiri memberi kesan ketara kepada orang ramai, harta benda dan aktiviti di sesuatu kawasan.

Bahagian barat dan barat laut diletakkan bawah amaran merah tahap bahaya.

Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam membatalkan 130 penerbangan yang dijadualkan pada Isnin sebagai langkah pencegahan kerana amaran angin kencang dijangka belaku apabila Ribut Isha tiba di Belanda, kata lapangan terbang itu pada Ahad. - REUTERS

TETITIA YUSOFF