fb fb fb fb fb

20 maut dalam letupan kilang bunga api Thailand

FOTO REUTERS

THAILAND, 22 Januari - Kira-kira 20 orang terbunuh di Thailand dalam kejadian letupan pada Rabu, di sebuah kilang bunga api di utara Bangkok, kata polis.

Pihak berkuasa Thailand masih memeriksa premis terbabit, namun setakat ini tiada mangsa yang terselamat ditemui.

"Tidak jelas punca kejadian itu, yang berlaku pada waktu tengah hari di wilayah Suphan Buri kira-kira 120 km (74.56 batu) utara Bangkok," kata polis.

Gabenor wilayah, Nattapat Suwanprateep memberitahu Reuters mereka tidak dapat mengesahkan sama ada semua pekerja terbunuh atau ada yang masih hidup dan siasatan sedang dijalankan.

Siasatan awal mendapati angka kematian direkodkan 20 orang dan ramai lagi dilaporkan cedera, menurut kenyataan polis.

Perdana Menteri Srettha Thavisin diberi taklimat mengenai kejadian letupan itu semasa berada di Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland dan beliau menggesa siasatan segera dijalankan. - REUTERS

TETITIA YUSOFF