fb fb fb fb fb

Lebih 100 juta lebah ditemukan mati di Brazil

(Foto REUTERS)

MATO GROSSO, 20 Julai- Lebih 100 juta lebah ditemukan mati di Brazil selepas diracuni racun perosak yang digunakan secara haram di negeri barat Mato Grosso.

Menurut Institut Pertahanan Pertanian Mato Grosso, kesan penggunaan racun serangga Fipronil ditemukan di sekurang-kurangnya 600 sarang lebah.

"Kematian berjuta-juta lebah mati telah disiasat lebih sebulan lalu.

"Sebahagian daripada lebah yang mati tergolong dalam spesies terancam.

"Fipronil dibenarkan untuk digunakan pada tanaman di Brazil," katanya menerusi kenyataan.

Tambahnya, pemilik ladang yang menyebabkan keracunan sarang lebah di bandar Mato Grosso boleh didenda sehingga 225,000 reais (lebih AS$47,000). - REUTERS


(Foto REUTERS)

Media Baharu