(Foto AFP)
AUCKLAND, 20 Julai- Kejadian tembakan yang mengorbankan sekurang-kurangnya dua orang di Auckland beberapa jam sebelum perlawanan pembukaan Piala Dunia Wanita FIFA tidak dikaitkan dengan ancaman keselamatan negara.
Perdana Menteri New Zealand, Chris Hipkins berkata kejohanan itu akan diteruskan seperti yang dirancang.
"Enam orang cedera dalam insiden di sebuah bangunan dalam pembinaan.
"Suspek lelaki bersenjata telah terbunuh dalam insiden tersebut.
"Kejadian berlaku pada hari pembukaan Piala Dunia Wanita FIFA yang dianjurkan bersama New Zealand dan Australia.
"Tiada risiko ancaman keselamatan negara.
"Keselamatan warga New Zealand dan pelawat adalah keutamaan kami," katanya kepada pemberita di sini.
Tembakan besar-besaran jarang berlaku di New Zealand dan undang-undang senjata api secara menyeluruh diperkenalkan selepas tembakan rambang di masjid Christchurch pada 2019.
Insiden tembakan di masjid itu telah mengorbankan 51 orang dan mencederakan lebih 40 yang lain. - AFP
(Foto AFP)