fb fb fb fb fb

Banjir di Kentucky: 90,000 rumah, premis perniagaan tiada elektrik

(Foto REUTERS)

KENTUCKY, 20 Julai- Hujan lebat di Amerika Syarikat (AS) menyebabkan banjir di kawasan Kentucky, semalam.

Menurut PowerOutage.us, bekalan elektrik turut terjejas di kawasan itu disebabkan banyak kawasan telah dinaiki air.

"Hujan turun dengan lebat di daerah GravesĀ  iaitu sempadan antara Kentucky dengan Tennessee.

"Banjir di Mayfield juga menjejaskan kediaman dan harta persendirian.

"Kira-kira 90,000 rumah dan premis perniagaan di Kentucky barat terputus bekalan elektrik.

"Setakat ini, tiada kecederaan atau kematian dilaporkan," katanya menerusi kenyataan. - REUTERS


(Foto REUTERS)

Media Baharu