fb fb fb fb fb

Pita gagal lagi menjadi PM baharu, Rakyat Thailand diminta bertenang

(Penyokong prodemokrasi menyalakan suar selepas menerima berita penggantungan
calon Perdana Menteri Thailand baharu, ahli parlimen Pita Limjaroenrat
di luar Parlimen di Bangkok/AFP)

BANGKOK, 20 Julai –Perdana Menteri Sementara Thailand, Prayut Chan-o-Cha menasihatkan rakyat bertenang selepas usaha calon popular untuk mengambil alih jawatannya sekali lagi digagalkan oleh ahli parlimen daripada kumpulan protentera dan diraja.

Parti Pita Limjaroenrat yang memenangi kerusi paling banyak pada pilihan raya Mei lalu, berdepan tentangan digantung sebagai ahli parlimen, apabila tidak diberi sokongan kali ke-2 dalam undian untuk menjadi perdana menteri Thailand baharu.

Kira-kira 1,000 orang berhimpuan secara aman untuk menyatakan kemarahan terhadap usaha menggagalkan perjalanan pemimpin liberal berpendidikan Harvard itu untuk mendapatkan kuasa menjadi perdana menteri; sebelum akhirnya bersurai secara aman.

Di Thailand, sudah menjadi kebiasaan berlaku pergolakan politik dan Prayut – yang mengambil alih kuasa pada 2014 – “memahami kekecewaan para penyokong Pita,” menurut jurucakap Pejabat Perdana Menteri itu.

Namun beliau meminta orang ramai supaya “Thailand bergerak ke hadapan dalam cara lebih demokratik dalam pemerintahan monarki,” kata jurucakap Rachada Dhnadirek.

“Cara menyuarakan pendapat dan sokongan politik perlu dilakukan secara lebih aman tanpa unsur keganasan dan tidak memusnahkan ekonomi, perdagangan dan pelaburan.”

Parti Move Forward (MFP) pimpinan Pita telah menerima sokongan tinggi dalam kalangan pengundi muda dan kawasan bandar yang kecewa setelah hampir sedekad pemerintahan semasa yang disokong tentera.

MFP telah mendapat sokongan tinggi daripada golongan muda dan penduduk bandar yang kecewa dengan pemerintahan kerajaan yang disokong tentera selama hampir sedekad.

Parti itu juga dikatakan enggan berkompromi dengan ikrar untuk membuat semakan semula undang-undang fitnah diraja yang ketat, membenarkan pengkritik kerajaan setelah disabitkan kesalahan boleh dipenjara sehingga 15 tahun.

Perjuangan parti Pita juga turut memberi ancaman kepada monopoli perniagaan milik keluarga yang memainkan peranan luar biasa dalam ekonomi Thailand.


(Calon Perdana Menteri Thailand baharu, Pita Limjaroenrat/AFP)

-Sampai jumpa lagi-

Pita digantung dari parlimen apabila Mahkamah Perlembangaan memutuskan untuk meneruskan kes pemilikan saham dalam sebuah syarikat media; satu larangan bawah perlembagaan Thailand. Ia boleh menyebabkan Pita hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen.

Namun menurut Pita, stesen itu sudah tidak bersiaran sejak 2007, dan saham itu diwarisi daripada bapanya.

Pita berang dengan tindakan itu dan ketika meninggalkan parlimen pada Rabu, beliau mengangkat penumbuknya kepada penyokong serta mengucapkan selamat tinggal "sehingga kita berjumpa lagi", lapor AFP.

Sementara itu, Reuters pada pada 13 Julai lalu melaporkan, Parlimen Thailand menolak Pita menjadi Perdana Menteri baharu negara itu.

Pada undian itu Pita gagal memperoleh 375 undi parlimen yang diperlukan untuk menjadi perdana menteri ke-30 Thailand.

Media Baharu