fb fb fb fb fb

Lebih sejuta pengumpul tin aluminium di Brazil

SAO PAOLO, 20 Julai- Shirlei Aparecida de Souza menggunakan kakinya untuk meleperkan tin minuman kosong yang dikumpulkan dari lorong-lorong di kawasan kejiranan Sao Paulo. Ia menjadi mata pencarian tidak menentu kepada rakyat miskin di kawasan itu selain berfungsi sebagai perlindungan alam sekitar Brazil.

Menurut data daripada Recicla Latas, sebuah badan industri kitar semula pada tahun 2022, kira-kira sejuta pengumpul seperti Aparecida de Souza yang mengitar semula tin aluminium.

Brazil merupakan negara peneraju di dunia bagi mengitar semula tin minuman. Rekod itu mengenepikan Kesatuan Eropah, yang mengitar semula bahan tersebut iaitu 73 peratus, dan Amerika Syarikat dengan 60 peratus.

Recicla Latas berkata usaha kitar semula negara itu telah menghalang kira-kira 16.5 juta tan pelepasan gas rumah hijau dalam tempoh 10 tahun lalu.

Bagi Aparecida de Souza, dia mengumpul tin bagi kelangsungan hidupnya.

Kebanyakan tin tersebut dikutip di tepi  jalan, tong sampah atau tapak pelupusan sampah, dan kemudian menjualnya ke pusat pengumpulan kitar semula.

Dia berjaya memperoleh kira-kira lebih $4, sehari. "Cukup untuk membeli keperluan, sebungkus nasi, kacang hitam dan kadang-kadang daging," katanya kepada AFP.

(Aparecida de Souza memijak tin sebelum dijual/AFP)

Aparecida de Souza juga merupakan tonggak kepada lima anak perempuannya di daerah kota metropolis terbesar di Amerika Latin.

Dengan memakai selipar, kemeja-T dan seluar pendek, Aparecida de Souza meninggalkan rumah setiap hari pada waktu subuh bagi mengumpul tin. Dia memerlukan hampir 70 beg sampah hitam bagi sekilogram aluminium yang dijual pada harga lebih $1.

Kerja itu adalah "mata pencarian," keluarganya yang dimulakan oleh ibunya sejak berusia 15 tahun, katanya kepada AFP.

"Aluminium dijual pada harga yang lebih tinggi daripada bahan lain seperti kadbod, selain ia lebih ringan untuk dibawa."

Aline Sousa da Silva, seorang aktivis yang mewakili pengumpul bahan kitar semula, berkata terdapat "ramai persaingan" bagi mengumpul tin.

Kadar kitar semula bahan lain di Brazil jauh lebih rendah berbanding tin, kira-kira empat peratus secara purata.

Menurut pengarah di Recicla Latas Renato Paquet, hampir 430,000 tan tin dikitar semula pada tahun 2022.

Angka itu bersamaan dengan kira-kira 31.8 bilion tin.- AFP

Media Baharu