fb fb fb fb fb

Lebih 1,600 kanak-kanak terbunuh di Gaza dalam tempoh dua minggu - DCI palestin

RAMALLAH 22 Oktober - Sekurang-kurangnya 1,661 kanak-kanak terbunuh dalam serangan Israel dalam pencerobohan berterusan ke atas Gaza sejak 7 Oktober lalu, kata Pertubuhan Pertahanan untuk Kanak-kanak Antarabangsa Palestin (DCIP).

Dalam tempoh sama, 27 kanak-kanak dibunuh rejim zionis di Tebing Barat, dengan purata kira-kira 120 kanak-kanak terbunuh setiap hari, menurut Agensi Berita Palestin (WAFA).

Dalam satu kenyataan DCIP menegaskan bahawa angka kematian, termasuk kanak-kanak di Gaza, tidak rasmi memandangkan terdapat kira-kira 1,400 individu masih hilang di bawah runtuhan bangunan yang musnah menjadikan jumlah sebenar mangsa adalah lebih tinggi.

DCIP menjelaskan bahawa kanak-kanak Palestin yang terselamat daripada pengeboman Israel di seluruh Gaza mengalami krisis kemanusiaan yang teruk.

Ini memburukkan lagi trauma psikologi dan emosi yang telah dibina sejak 16 tahun lalu akibat sekatan Israel dan serangan tentera ke atas enklaf itu.

Trauma yang dialami kanak-kanak Gaza melangkaui penderitaan peribadi, kata DCIP.

"Menyaksikan kematian kanak-kanak lain memburukkan lagi pengalaman pahit mereka, meninggalkan parut yang tidak dapat dihapuskan pada kesejahteraan mental mereka. Selain itu, kehilangan seluruh keluarga dalam sekelip mata member trauma kepada mereka.

“Kanak-kanak yang sebelum ini merasa selamat dan selesa dalam dakapan keluarga kini menjadi yatim piatu,” menurut pertubuhan itu," tambah pertubuhan itu.- BERNAMA

(FOTO REUTERS)

Media Baharu