fb fb fb fb fb

LDP berisiko hilang majoriti undi pada pilihan raya

Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba/Foto REUTERS

TOKYO, 17 Oktober-Parti pemerintah Jepun, Parti Liberal Demokratik (LDP) mungkin kehilangan majoriti di Dewan Rendah buat kali pertama dalam tempoh 15 tahun, menurut akhbar Nikkei pada Khamis, berdasarkan tinjauan sebelum pilihan raya pada 27 Oktober.

Parti Liberal Demokratik (LDP) mungkin tidak mencapai 233 kerusi yang diperlukan untuk memperoleh majoriti dalam dewan yang mempunyai 465 kerusi, menurut Nikkei.

Sekiranya ramalan berkenaan benar, ia akan merupakan kali pertama LDP kehilangan kawalan ke atas Dewan Rendah sejak tahun 2009. Namun begitu, LDP masih boleh membentuk kerajaan gabungan bersama sekutu lama, Komeito.

Tinjauan berkenaan dijalankan menerusi telefon bersama akhbar Yomiuri Shimbun, diadakan di seluruh negara pada Selasa dan Rabu, dengan memperoleh 165,820 responden yang sah, lapor Nikkei.

Terdahulu,Perdana Menteri Shigeru Ishiba membubarkan Parlimen pada 9 Oktober lalu untuk mempersiapkan negara untuk pilihan raya mengejut.

Ishiba dilantik sebagai Perdana Menteri bulan lalu selepas pendahulunya, Fumio Kishida, meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri akibat kehilangan kepercayaan awam susulan beberapa skandal pembiayaan yang melibatkan ahli politik LDP.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD