fb fb fb fb fb

Lawatan ke loji nuklear Zaporizhzhia, Ketua IAEA zahir kebimbangan

(Grossi bercakap dengan Menteri Tenaga Ukraine German Galushenko (kiri) dan Ketua Energoatom Ukraine
Petro Kotin selepas lawatannya ke loji nuklear Zaporizhzhia pada 1 September 2022/AFP)

NOVOOLEKSANDRIVKA, UKRAINE, 2 September- Berlaku pelanggaran terhadap 'integriti fizikal' loji nuklear Zaporizhzhia di selatan Ukraine, kata Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Rafael Grossi.

Grossi yang menerajui misi pemeriksaan ke loji itu semalam menggambarkan lapangan tersebut berisiko terjejas susulan perkembangan situasi di lokasi terbabit.

"Adalah jelas loji dan integriti fizikal loji itu telah dilanggar beberapa kali.

"Saya bimbang dan akan terus bimbang tentang loji tersebut. Kami telah menghabiskan masa empat atau lima jam di sana.

"Saya bersama pasukan melihat banyak dan melawat seluruh tapak," katanya kepada pemberita selepas pulang dari loji itu bersama sebahagian daripada ahli misi terbabit.

(Grossi bercakap kepada pemberita selepas lawatannya ke loji kuasa nuklear Zaporizhzhia
yang dikuasai Rusia di selatan Ukraine pada 1 September 2022/AFP)

Grossi berkata, sebahagian lagi 14 ahli misi akan terus berada di fasiliti terbabit hingga Ahad atau Isnin bagi meneruskan kerja penilaian.

"Kami akan meneruskan keberadaan pakar di sana...kami mempunyai banyak tugas termasuk melakukan analisis beberapa aspek teknikal," kata Grossi.-AFP

Media Baharu