fb fb fb fb fb

Gotabaya Rajapaksa dijangka pulang ke Sri Lanka esok

(Bekas Presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa/Foto fail Reuters)

COLOMBO, 2 September- Bekas Presiden Sri Lanka yang digulingkan, Gotabaya Rajapaksa dijangka menamatkan tempoh buangan di Thailand dan pulang ke tanah air, esok.

Perkara itu dimaklumkan seorang pegawai tinggi pertahanan kepada AFP.

"Rajapaksa telah tinggal di sebuah hotel di Thailand sebagai tahanan maya dan berminat untuk kembali. Kami diberitahu beliau akan pulang awal, pada Sabtu.

"Kami baru sahaja mewujudkan bahagian keselamatan baharu untuk melindunginya selepas pulang. Unit itu terdiri daripada elemen tentera dan komando polis," kata pegawai tersebut yang enggan namanya didedahkan.

(Anggota polis berkawal berhampiran kediaman kerajaan yang disediakan untuk Gotabaya Rajapaksa di Colombo, 2 September 2022/AFP)

Rajapaksa, 73 tahun melarikan diri dari negara pulau itu bawah kawalan tentera pada Julai lalu, selepas kediaman rasminya diserbu penunjuk perasaan.

Perlembagaan Sri Lanka menjamin pengawal peribadi, kenderaan dan perumahan untuk bekas presiden.-AFP

Media Baharu