fb fb fb fb fb

Lapangan Terbang Antarabangsa Mehrabad dan Imam Khomeini, Tehran beroperasi semula

Foto BERNAMA

TEHRAN, 4 Julai – Iran mengumumkan membuka semula ruang udaranya selepas ditutup sejak 13 Jun lalu susulan Israel melancarkan serangan udara.

Menurut laporan media rasmi negara itu IRNA, Lapangan Terbang Antarabangsa Mehrabad dan Imam Khomeini di Tehran, serta lapangan terbang di utara, timur, barat dan selatan negara berkenaan, telah dibuka semula.

Kesemua lapangan terbang berkenaan bersedia untuk mengendalikan penerbangan

Pihak berkuasa menyatakan penerbangan domestik dan antarabangsa dari semua lapangan terbang di seluruh negara kecuali di Isfahan dan Tabriz akan beroperasi antara pukul 5:00 pagi hingga 6:00 petang.

Penerbangan dari Isfahan dan Tabriz akan disambung semula sebaik sahaja infrastruktur yang diperlukan tersedia.

Iran sebelum ini telah membuka semula ruang udara di bahagian timur negara dan memperluas akses bagi penerbangan antarabangsa yang melalui ruang udara negara itu.- AFP

NIZAMIAH ASIQIN MOHD ZUKNI