fb fb fb fb fb

Cuaca panas cengkam Gaza

Penduduk Gaza, Abu Wadea / Foto REUTERS

GAZA, 4 Julai - Bermula Julai, suhu di Gaza jauh lebih panas daripada kebiasaannya.

Cuaca panas tahun ini jauh lebih menyeksakan bagi penduduk Gaza.

Dengan bekalan elektrik yang amat terhad atau tiada langsung, ribuan orang terpaksa menahan bahang di dalam khemah sementara diperbuat daripada plastik dan nilon iaitu bahan yang memerangkap haba.

Salah seorang penduduk Abu Wadea, yang kehilangan tempat tinggal dan kini berlindung di sepanjang pantai Khan Younis, berteduh di bahagian luar khemahnya kerana bahagian dalam terlalu panas untuk diduduki. Wadea menggambarkannya panas seperti api.

"Saya tidak boleh duduk di dalam khemah, tiada kipas, tiada udara. Hanya kelembapan, panas, dan matahari memancar terus ke khemah," kata Abu Wadea. - REUTERS

NIZAMIAH ASIQIN MOHD ZUKNI