GAZA, 4 Julai - Jumlah rakyat Palestin yang terbunuh akibat serangan Israel di Gaza meningkat kepada 57,130 orang.
Seramai 135,173 lagi cedera sejak tercetusnya konflik pada 7 Oktober 2023.
Menurut pihak berkuasa kesihatan, angka korban itu meningkat kepada 6,572 orang manakala 23,132 cedera.
Sejak Israel menyambung semula serangan ke atas wilayah itu pada 18 Mac tahun ini, dua bulan selepas kedua-dua pihak mencapai perjanjian gencatan senjata.
Sementara itu, 652 orang terbunuh akibat tembakan di lokasi pengagihan bantuan kemanusiaan di Gaza.
Manakala sekurang-kurangnya 4,537 lagi cedera. - REUTERS