NEW YORK, 1 September- Sekurang-kurang lapan maut, termasuk seorang bayi apabila bas dinaiki mereka terbabit kemalangan di Mississippi, awal pagi semalam, menurut laporan media tempatan.
Vicksburg Daily News melaporkan bas sewaan yang membawa 47 orang itu terbalik di Warren County menyebabkan tujuh mangsa terkorban di lokasi dan seorang lagi meninggal dunia di hospital akibat kecederaan parah.
Lebih 30 penumpang telah dikejarkan ke hospital, manakala seorang pegawai tempatan memaklumkan kepada CBS bahawa mangsa yang maut termasuk dua beradik membabitkan seorang kanak-kanak lelaki berumur enam tahun dan kakaknya berusia 16 tahun dari Guatemala.
Rakaman foto menunjukkan bas berwarna merah itu berada dalam parit di tepi lebuh raya, dengan keadaan tayarnya dilihat pecah. - AFP