fb fb fb fb fb

Lapan terbunuh dalam serangan Israel di Tuffah

Foto Reuters

GAZA, 29 Jun- Sekurang-kurangnya lapan penduduk Palestin termasuk lima kanak-kanak terkorban dalam satu serangan udara Israel pada Sabtu di kejiranan Tuffah, berhampiran sekolah Jaffa, lokasi yang menempatkan ratusan pelarian Gaza.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, mangsa-mangsa yang cedera telah dibawa ke Hospital Al-Ahli Arab Baptist untuk rawatan lanjut, sementara pasukan penyelamat terus berusaha mengalihkan runtuhan di kawasan terjejas.

Serangan terbaharu itu menambah jumlah korban, mencecah lebih 56,000 rakyat Palestin maut dengan majoriti kematian membabitkan orang awam.

Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada Jumaat menyatakan keyakinannya bahawa satu gencatan senjata antara Israel dan Hamas mungkin boleh dicapai dalam tempoh seminggu.

Bagaimanapun, tiada butiran lanjut mengenai inisiatif damai tersebut dinyatakan setakat ini.- REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM