fb fb fb fb fb

Lapan maut dipijak insiden rempuhan kuil

Lapan orang dilaporkan maut manakala 15 lagi cedera dalam insiden rempuhan di sebuah kuil di Uttarakhand, India. - Foto REUTERS

NEW DELHI, 27 Julai - Sekurang-kurangnya lapan orang dilaporkan maut dipijak manakala kira-kira 15 lagi cedera dalam kejadian rempuhan di sebuah kuil Hindu di negeri Uttarakhand, India.

Menurut pihak berkuasa negeri, insiden berlaku sekitar pukul 9 pagi di laluan tangga sempit menuju ke Kuil Mansa Devi di Haridwar, kira-kira 225 kilometer dari ibu negara, New Delhi.

Punca kejadian dipercayai akibat panik susulan tersebarnya khabar angin bahawa kabel elektrik di kawasan itu telah terputus, sekali gus mencetuskan ketakutan kemungkinan terkena renjatan elektrik.

Ketua Menteri Uttarakhand, Pushkar Singh Dhami telah mengarahkan siasatan rasmi dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dan menilai tahap keselamatan kawasan berkenaan.

Pihak berkuasa tempatan kini sedang giat menguruskan rawatan mangsa cedera dan mengawal keadaan di lokasi kejadian. - REUTERS

KHAIRUL AMRI BIN YASIN