fb fb fb fb fb

17 sungai di China lepasi paras bahaya

Hujan lebat berterusan di China menyebabkan 17 sungai utama negara itu melepasi paras bahaya. - Foto REUTERS

BEIJING, 27 Julai – Hujan lebat berterusan menyebabkan 17 sungai di seluruh China melimpah melebihi paras bahaya dan berisiko mencetuskan banjir.

Menurut Kementerian Sumber Air China, daripada jumlah itu, 16 sungai di wilayah utara termasuk Beijing, Hebei, Shanxi dan Wilayah Autonomi Mongolia.

Situasi sama juga direkod di wilayah barat laut Gansu, timur Fujian dan barat daya Yunnan yang mencatatkan kenaikan paras air melebihi had amaran dengan perbezaan setinggi 3.48 meter.

Di Beijing, Empangan Miyun yang merupakan takungan air terbesar di bandar itu, mencatatkan kadar aliran masuk air tertinggi sejak pembinaannya siap pada tahun 1959.

Sementara itu, sungai Yarkant di Wilayah Autonomi Xinjiang Uygu turut mengalami paras air melebihi tahap bahaya akibat pencairan salji yang cepat disebabkan suhu musim panas yang tinggi.

Kementerian Sumber Air telah mengaktifkan respons kecemasan Tahap 5 di enam wilayah iaitu Hebei, Shanxi, Mongolia, Fujian, Zhejiang dan Shaanxi.

Tahap 5 merupakan tahap amaran paling rendah dalam sistem empat peringkat tindak balas kecemasan China.

Pihak berkuasa kini terus memantau rapi keadaan dan bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan banjir lebih besar. - REUTERS

KHAIRUL AMRI BIN YASIN