fb fb fb fb fb

Lapan korban Taufan Freddy di Madagascar

(Imej satelit Taufan Freddy melanda Madagascar/AFP)

ANTANANARIVO, 8 Mac- Angka kematian akibat Taufan Tropika Freddy kini meningkat kepada lapan orang di Madagascar pada Selasa, selepas negara itu dibadai taufan berkenaan buat kali kedua.

Pejabat Pengurusan Risiko Bencana Negara (BNGRC) memaklumkan, sekurang-kurangnya 14,000 penduduk di tujuh wilayah hilang tempat tinggal berikutan kediaman mereka dinaiki air atau rosak.

Ahli meteorologi menyifatkan laluan Freddy sebagai trajektori gelung (laluan melengkung) merupakan fenomena yang jarang berlaku.

Fenomena itu kali terakhir direkodkan pada tahun 1998.

Taufan Freddy ketika ini sedang menuju ke Mozambique dengan membawa hujan lebat dan angin kencang melebihi 180 kilometer sejam (kmj).

Menurut Pertubuhan Meteorologi Dunia (WMO), Freddy yang mula terbentuk di barat laut Australia pada awal Februari lalu disifatkan sebagai taufan tropika paling lama melakukan 'jelajahnya'. -AFP

(Kerosakan yang disebabkan Taufan Freddy di bandar Mananjary di Madagascar/AFP)

Media Baharu