fb fb fb fb fb

Dua maut nahas kereta api di utara Kaherah

(Kren mengangkat kereta api yang tergelincir di bandar Qalyub Mesir pada 7 Mac 2023/AFP)

QALYUB, 8 Mac- Dua orang maut dan beberapa lagi cedera dalam kemalangan kereta api di utara Kaherah pada Selasa.

Kementerian Kesihatan Mesir dalam satu kenyataan melaporkan sekurang-kurangnya 16 lagi cedera termasuk enam sudah dirawat dan dibenarkan pulang.

Insiden berlaku di sini, di utara ibu kota Kaherah dekat Delta Nil.

Nahas itu berlaku selepas kereta api penumpang memasuki stesen Qalyub hingga menyebabkan tergelincirnya lokomotif dan gerabak pertama.

Kemalangan kereta api di Mesir kebanyakannya disebabkan oleh infrastruktur, penyelenggaraan dan kecuaian manusia.

Pada April 2021, Menteri Pengangkutan, Kamel al-Wazir memecat Pengerusi Penguasa Kereta Api Nasional (NRA) berhubung salah urus laluan kereta api yang usang.

Pemecatan itu berlaku dua hari selepas kemalangan kereta api yang meragut 23 nyawa. -AFP

(Kereta api tergelincir di bandar Qalyub Mesir pada 7 Mac 2023/AFP)

 

 

Media Baharu