fb fb fb fb fb

Lapan keluarga terbunuh akibat serangan Israel

Inas Abu Maamar memeluk mayat anak saudaranya yang berusia lima tahun yang terbunuh dalam serangan Israel, di Hospital Nasser di Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza/FOTO REUTERS

GAZA, 13 November - Penduduk Gaza berkabung meratapi kehilangan lapan ahli keluarganya yang terbunuh dalam serangan udara Rejim Zionis Israel di Khan Younis.

Sementara itu, suasana pilu menyelubungi suasana di bilik mayat Hospital Nasser apabila melihat lelaki dan wanita menangis dan duduk bersebelahan dengan mayat ahli keluarga mereka yang tersayang.

Lebih menyayat hati apabila empat daripadanya adalah kanak-kanak.

Solat jenazah dilakukan sebelumnya pengebumian.

Pegawai Palestin berkata setakat Jumaat bahawa 11,078 penduduk Gaza meninggal dalam serangan udara dan darat sejak serangan tanpa henti tentera Israel pada 7 Oktober lalu.

Manakala, sekitar peratus daripada mereka adalah kanak-kanak. - REUTERS

GRACE AISYAH KEDAYAN