fb fb fb fb fb

Lahore mempunyai kualiti udara paling teruk di dunia

PAKISTAN, 14 Mac - Lahore antara lebih 10 bandar dengan kualiti udara terburuk di dunia pada tahun 2022, menurut tinjauan global tahunan yang dilakukan pembuat penapis udara Switzerland.

Laporan yang dikeluarkan IQAir juga menyatakan Chad di Afrika tengah mengambil alih Bangladesh sebagai negara dengan udara paling tercemar tahun lalu.

IQAir mengukur tahap kualiti udara berdasarkan kepekatan zarah bawaan udara yang merosakkan paru-paru yang dikenali sebagai PM2.5.

Kualiti udara Lahore bertambah buruk kepada 97.4 mikrogram zarah PM2.5 setiap meter padu daripada 86.5 pada 2021, menjadikannya bandar paling tercemar di seluruh dunia.

Hotan, satu-satunya bandar China menduduki 20 teratas, diikuti Lahore dengan tahap PM2.5 94.3, peningkatan daripada 101.5 pada 2021.

Dua bandar lain dalam ranking itu ialah India, Bhiwadi, di pinggir Delhi yang mempunyai tahap pencemaran pada 92.7.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan kepekatan maksimum PM2.5 sebanyak 5 mikrogram setiap meter padu.

(FOTO REUTERS)

Laporan itu berkata India dan Pakistan mempunyai kualiti udara paling teruk di rantau Asia Tengah dan Selatan.

"Satu daripada 10 orang di seluruh dunia tinggal di kawasan di mana pencemaran udara, membawa ancaman kepada kesihatan.

"Indeks itu disediakan menggunakan data daripada lebih 30,000 pemantau kualiti udara di lebih 7,300 lokasi di 131 negara dan wilayah," kata laporan itu. - REUTERS

Media Baharu