fb fb fb fb fb

Lagi wanita maut ditelan ular sawa di Indonesia

Foto Hiasan/ AFP

JAKARTA, 16 Ogos- Seorang wanita warga emas ditemui mati selepas ditelan ular sawa di tengah Indonesia, kata polis dan pegawai tempatan hari ini.

Ia merupakan kematian ketiga seumpama itu di wilayah tersebut dalam tempoh beberapa bulan.

Maga,74, tidak pulang ke rumah sejak Rabu menyebabkan saudara-maranya melakukan pencarian.

Dia ditemui mati mungkin kerana dipatuk dan dililit ular itu.

Jurucakap polis di bandar Palopo di wilayah Sulawesi Selatan, Supriadi berkata wanita itu ditemui mati mungkin kerana dipatuk dan dililit ular itu.

Dia memberitahu ular sawa itu sepanjang 4 meter (m).

Ketua daerah Padang Lambe di Palopo, Awaluddin pula berkata mangsa ditemui dengan kesan gigitan di kepala dan kaki berhampiran rumah keluarganya selepas pergi bekerja di ladang.

"Dia ditemui di Padang Lambe oleh anak perempuannya bersama ular itu hanya beberapa meter dari badannya.

"Penduduk tempatan memukul ular itu sehingga mati dan berkata ular itu telah menelan mangsa sehingga ke bahunya, lalu muntah," katanya.

Bulan lalu, seorang wanita ditemui mati di dalam perut ular selepas ditelan keseluruhannya di kampung Siteba, di wilayah Sulawesi Selatan.

Pada Jun lalu pula seorang wanita ditemui mati di dalam perut ular sawa retikulasi di daerah lain di Sulawesi Selatan.

Tahun lalu, penduduk di wilayah itu membunuh seekor ular sawa sepanjang 8m, yang ditemui di sebuah kampung menyebabkan kematian seorang petani.

Kejadian serupa turut dilaporkan di pulau Sulawesi pada 2018 dan 2017.- AFP

ZEHRA BINTI ZAMBRI