fb fb fb fb fb

Lagi kemalangan bas, 24 maut di Senegal

(Foto AFP)

LOUGA, 27 Julai- Sekurang-kurangnya 24 orang termasuk empat kanak-kanak maut dalam kejadian kemalangan jalan raya melibatkan sebuah bas di utara Senegal, semalam.

Menteri Dalam Negeri, Antoine Felix Abdoulaye Diome berkata, 54 orang lagi cedera dalam kemalangan yang berlaku berhampiran kampung Dielerlou Syll, di wilayah sini pada pukul 7.40 pagi waktu tempatan.

"Bas itu dilapor memuatkan seramai 76 penumpang, melebihi kapasiti 60 orang yang dalam perjalanan dari sebuah bandar di utara negara.

"Bomba memberitahu bas terbabit telah terbabas dan terbalik dengan keempat-empat tayarnya berada di udara," katanya dalam sidang media di lokasi kemalangan di sini.

Antoine Felix menambah, mereka yang cedera telah dipindahkan ke sebuah hospital di bandar Louga dan bandar Saint-Louis untuk rawatan lanjut.

Kejadian terbabit merupakan nahas ketiga seumpamanya berlaku di negara itu pada tahun ini.

Pada Januari, seramai 19 orang terbunuh dan 24 cedera dalam perlanggaran di kawasan sama, berhampiran Louga, manakala pada minggu sebelumnya, kira-kira 40 orang maut dalam perlanggaran bas di tengah Senegal.

Banyak kes kemalangan besar di negara Afrika membabitkan kenderaan usang, pemanduan melulu dan pegawai penguatkuasa undang-undang menerima rasuah menjadi antara penyumbang kepada tragedi jalan raya. -AFP

(Foto AFP)

Media Baharu