fb fb fb fb fb

Lagi letupan dilaporkan berhampiran kapal di perairan Yaman

Gambar satelit menunjukkan salah sebuah kapal dagang merentasi Laut Merah yang rosak akibat serangan peluru berpandu Huthi/ Foto fail/AFP

DUBAI, 22 Jun- Satu letupan dilaporkan berhampiran sebuah kapal di timur bandar pelabuhan Yaman, Aden pada hari Jumaat.

Agensi keselamatan maritim Britain, Operasi Perdagangan Maritim United Kingdom (UKMTO) yang tidak memberikan maklumat mengenai kapal itu berkata kapal itu dapat meneruskan perjalanan dan anak kapal dilaporkan selamat.

Kumpulan Huthi Yaman yang disokong Iran menyasarkan kapal di Laut Merah dan Teluk Aden sejak November tahun lalu, sebagai sebagai solidariti kepada rakyat Palestin semasa konflik Israel-Hamas di Gaza.

Khamis lalu, Tentera Amerika Syarikat (AS) berkata telah memusnahkan empat dron Huthi dan dua dron udara di Laut Merah, luar Yaman.

Washington juga menggesa Huthi membebaskan pekerja kemanusiaan yang ditahan awal bulan ini.

Kumpulan Huthi juga terlibat dalam perang saudara sejak sekian lama yang telah mencetuskan salah satu krisis kemanusiaan terburuk di dunia.-AFP

ROSLINA BINTI DIN