fb fb fb fb fb

Kumpulan wanita Afghanistan disembur serbuk cili, sertai protes hak kesaksamaan jantina


FOTO AFP

KABUL, 17 Januari - Tindakan sekumpulan wanita di Aghanistan yang berhimpun bagi memperjuang kesaksamaan jantina tidak disenangi Taliban.

Dalam perhimpunan terbabit, kumpulan wanita terlibat disembur dengan serbuk cili.

Serangan ke atas wanita itu dilakukan ketika perhimpunan di Kabul.

Pelakuan itu turut dirakam salah seorang peserta.

Tiga daripada 20 wanita yang menyertai perhimpunan menjadi mangsa.

Dua daripada mereka terpaksa menerima rawatan di hospital ekoran mengalami alahan teruk.

Kumpulan peserta sebelum itu mengadakan protes agar hak untuk bekerja dan pendidikan diberi sama rata tanpa mengikut jantina.

Sejak mengambil alih pentadbiran Ogos tahun lepas, beberapa sekatan dilaksana Taliban terutama membabitkan wanita.

 

Media Baharu