fb fb fb fb fb

Kumpulan Huthi lancar peluru berpandu ke Israel

Jurucakap Tentera Houthi, Yahya Sarea/ Reuters

BAITULMAQDIS, 14 Mei- Kumpulan Huthi di Yaman yang disokong Iran melancarkan peluru berpandu ke arah Israel.

Menurut Jurucakap Tentera Huthi, Yahya Sarea, kumpulan itu telah melancarkan peluru berpandu balistik hipersonik yang disasarkan ke Lapangan Terbang Ben Gurion berhampiran Tel Aviv.

"Pasukan peluru berpandu Angkatan Bersenjata Yaman melakukan operasi ketenteraan dengan menyasarkan Lapangan Terbang Lod, Israel bernama "Ben Gurion", di kawasan yang diduduki Yaffa, menggunakan peluru berpandu balistik hipersonik.

"Peluru berpandu itu berjaya mencapai sasarannya dan membawa berjuta-juta penduduk Zionis melarikan diri ke tempat perlindungan dan menghentikan operasi lapangan terbang selama hampir satu jam," katanya.

Pada 6 Mei lalu, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengumumkan bahawa pihaknya akan menghentikan serangan terhadap kumpulan Huthi selepas kumpulan itu bersetuju untuk menghentikan serangan ke atas kapal-kapal AS.

Persetujuan itu merupakan sebahagian daripada kempen selama 17 bulan oleh puak Huthi di Laut Merah bagi menyatakan solidariti terhadap rakyat Palestin di Gaza.

Susulan itu kumpulan Huthi terus melancarkan serangan peluru berpandu dan dron ke arah Israel.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI