GAZA, 24 Julai - Satu krisis kelaparan teruk sedang melanda Gaza akibat sekatan ketat terhadap bekalan bantuan oleh Israel.
Keadaan itu menyebabkan malnutrisi meluas dalam kalangan penduduk Gaza, yang kini bertarung untuk hidup.
Hospital Al‑Shifa, Gaza kini sesak dengan pesakit malnutrisi yang terpaksa berbaring di katil tanpa rawatan lanjut atau bekalan makanan asas.
Malnutrisi teruk telah melemahkan mereka sehingga bergantung sepenuhnya kepada keluarga untuk terus hidup
“Malnutrisi telah melemahkan saya sehingga saya tidak boleh meniarap sendiri. Penglihatan semakin merosot. Sekarang, ibu dan adik‑beradik saya membantu saya; dulu, saya boleh lakukan semuanya sendiri," kata pesakit malnutrisi, Rafiq Jadallah.
“Anak saya mengalami malnutrisi kerana ketiadaan makanan di Gaza. Tiada ubat, tiada buah atau susu. Kami hanya ada bencana di sini… kami sedang mati," kata ibu kepada seorang pesakit, Soha Al‑Dabbas.
"Dulu anak‑anak saya sihat, tetapi kelaparan menjadikan rusuk mereka jelas dan perut mereka kempis. Mereka menangis meminta makan, "Mama, kami nak makan", tapi tiada makanan. Saya hanya beri air, dan mereka tidur dalam keadaan lapar," kata ibu pesakit, Maryam Kafarna. -REUTERS