fb fb fb fb fb

Kim Jong Un arah tentera sedia hadapi "peperangan sebenar"

FOTO AFP

PYONGYANG, 24 Julai – Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un mengarahkan tenteranya sentiasa bersedia untuk menghadapi peperangan sebenar ketika menyaksikan pertandingan tembakan artileri, menurut media rasmi negara itu.

Kenyataan itu dibuat selepas Korea Utara dilaporkan menghantar tentera dan senjata bagi membantu Rusia dalam konflik berlarutan lebih tiga tahun di Ukraine.

Rakaman yang disiarkan Stesen Televisyen Pusat Korea menunjukkan anggota unit artileri melepaskan tembakan ke arah laut, dengan Kim memerhati melalui teropong di sebuah pos pemerhatian.

“Tentera mesti bersiap sedia untuk peperangan sebenar pada bila-bila masa dan mampu memusnahkan musuh dalam setiap pertempuran,” katanya seperti dipetik Agensi Berita Pusat Korea (KCNA).

Perisikan Korea Selatan dan Barat sebelum ini melaporkan Pyongyang menghantar lebih 10,000 tentera ke wilayah Kursk, Rusia tahun lalu bersama peluru artileri, peluru berpandu dan sistem roket jarak jauh.

Korea Selatan mendakwa sekitar 600 tentera Korea Utara terbunuh manakala ribuan lagi cedera ketika bertempur di pihak Rusia.

Kim sebelum ini menyatakan sokongan penuh terhadap Moscow dalam peperangan Ukraine ketika pertemuan dengan Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov, selain memeterai perjanjian pertahanan bersama yang ditandatangani tahun lalu semasa lawatan Presiden Vladimir Putin ke Pyongyang.-AFP

2407 LNR NORTH KOREA WARFOTO AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE