KANADA, 24 Julai - Kerajaan Kanada pada Rabu menyifatkan operasi ketenteraan Israel yang menyasarkan orang awam serta petugas bantuan di Gaza sebagai tidak boleh diterima, dan menggesa tindakan tersebut dihentikan segera.
Menurut Kementerian Luar Kanada, kerajaan itu turut mendesak agar agihan bantuan kemanusiaan yang diketuai oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) disambung semula dengan kadar segera di kawasan konflik tersebut.
"Operasi ketenteraan Israel terhadap kakitangan dan fasiliti WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia), konvoi bantuan Program Makanan Sedunia serta pembunuhan berterusan terhadap rakyat Palestin yang mencari makanan dan minuman untuk keperluan asas adalah tidak boleh diterima.
"Kelaparan di Gaza telah mencapai tahap bencana. Kanada menyeru agar agihan bantuan yang diketuai PBB disambung semula secara besar-besaran dengan segera," menurut kenyataan Kementerian Luar Kanada di platform X. -REUTERS