fb fb fb fb fb

Krisis bahan api, kehabisan wang untuk import minyak

FOTO REUTERS


COLOMBO, SRI LANKA, 23 Februari
-
Pihak pengawal selia Sri Lanka terpaksa melaksanakan pemotongan bekalan elektrik selama hampir lima jam di seluruh negara akibat bekalan bahan bakar yang semakin berkurangan.

Sekaligus mencetuskan panik dalam kalangan rakyatnya , berkemungkinan negara itu diramal mengalami krisis bahan bakar yang lebih buruk.

Pengumuman itu, dibuat ketika kabinet Sri Lanka bermesyuarat untuk hari kedua berturut-turut membincangkan bagaimana Sri Lanka boleh membiayai import bahan apinya.

Media tempatan melaporkan kekurangan bekalan minyak di stesen pam,menyebabkan ramai penduduk beratur panjang di stesen minyak..

Malah kekurangan bekalan turut memaksa sesetengah stesen ditutup dan membuat catuan bahan api.

Syarikat minyak utama milik kerajaan, Ceylon Petroleum Corporation kini dibelenggu hutang tertunggak sebanyak 3.5 bilion dolar dan tidak lagi mampu mengumpul pinjaman komersial baharu.

Krisis ekonomi yang semakin teruk telah menyebabkan catuan makanan dan bahan api kepada pengguna.

Ekonomi Sri Lanka telah merosot sejak bermulanya pandemik COVID-19, dengan penurunan pendapatan pelancongan serta pengiriman wangpekerja asing.- REUTERS

Media Baharu