fb fb fb fb fb

Jepun pula kenakan sekatan terhadap Rusia

FOTO AFP

JEPUN, 23 Februari - Jepun mengenakan sekatan terhadap Rusia berhubung tindakan terbaharu terhadap Ukraine.

Sekatan yang dikenakan termasuk melarang pengeluaran bon Rusia di Jepun dan membekukan aset individu tertentu dari Rusia serta menyekat perjalanan ke Jepun.

Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berkata, Moscow mengiktiraf kemerdekaan di dua wilayah dikuasai pemisah pro-Rusia adalah mencabul kedaulatan Ukraine dan undang-undang antarabangsa.

Jepun mengutuk langkah tersebut dan menggesa Rusia kembali ke rundingan diplomatik.

Menurut Kishida, maklumat terperinci mengenai sekatan itu akan diumumkan beberapa hari lagi.

Kishida juga yakin Jepun mempunyai simpanan minyak dan gas asli cecair mencukupi, sekali gus tidak mendatangkan sebarang kesan terhadap bekalan tenaga dalam tempoh jangka pendek.

Sekiranya harga minyak terus meningkat, beliau akan mempertimbangkan langkah mengehadkan kesan kepada syarikat dan penduduk Jepun.

Media Baharu