fb fb fb fb fb

Kremlin nyatakan solidariti dengan Beijing berhubung isu Taiwan

(Foto Google)

MOSCOW, 29 Julai - Kremlin menyatakan "solidariti" dengan pendirian China terhadap Taiwan selepas Presiden China Xi Jinping memberi amaran kepada pemimpin Amerika Syarikat, Joe Biden supaya tidak "bermain api" dalam isu berkaitan.

"Sudah tentu kami berada dalam solidariti," kata jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov kepada pemberita.

"Kami menghormati kedaulatan dan integriti wilayah China dan percaya bahawa tiada negara di dunia sepatutnya mempunyai hak untuk mempersoalkan perkara ini atau mengambil sebarang langkah yang menghasut atau lain-lain," tambahnya.

"Kami yakin bahawa tingkah laku sedemikian di arena antarabangsa hanya boleh menyebabkan ketegangan tambahan," tegas Peskov.

(Bendera China dan Rusia dilihat pada papan iklan logistik antarabangsa di Pusat Dagangan
Antarabangsa  Ritan di Beijing pada 22 Mac 2022/AFP)

Dalam perbualan telefon semalam, Xi memberi amaran kepada Biden supaya tidak "bermain api" dalam isu Taiwan.

Beijing telah mengekalkan hubungan persahabatan dengan Rusia ketika negara-negara Barat berusaha mengasingkan kerajaan Presiden Vladimir Putin daripada sistem kewangan dan diplomatik global.

Serangan Rusia terhadap Ukraine telah meningkatkan kebimbangan bahawa Beijing mungkin turut meneruskan ancaman untuk menyerang Taiwan yang jauh lebih kecil dari segi saiz dan kurang senjata. -AFP

Media Baharu