(Gempa bumi berukuran 7.0 magnitud melanda utara Filipina/AFP)
MANILA, 29 Julai- Angka kematian akibat gempa bumi besar berukuran 7.0 pada skala Richter di utara Filipina pada Rabu lepas meningkat kepada 10 orang selepas empat lagi mayat ditemukan di bawah runtuhan hari ini.
Menurut pihak berkuasa, gegaran susulan terus melanda kawasan pergunungan.
Pasukan penyelamat di bandar Luba di wilayah Abra yang paling teruk dilanda bencana menemukan mayat keempat-empat lelaki di sebatang jalan yang tertimbus tanah runtuh, kata pejabat pertahanan awam wilayah.
"Tanah runtuh dan struktur runtuh mengorbankan enam yang lain di Abra dan wilayah berdekatan. Lebih 150 orang cedera," kata pihak berkuas.
Gempa kuat itu melanda kawasan berbukit, merosakkan beribu-ribu rumah serta meruntuhkan bangunan dan menggegarkan menara bertingkat.
(Ferdinand Marcos Jr melawat pesakit hospital dipindahkan ke perkarangan hospital wilayah di bandar
Bangued, wilayah Abra, utara Manila, selepas 7.0 gempa bumi bermagnitud melanda utara Filipina/AFP)
"Helikopter tentera menerbangkan bantuan makanan dan bekalan kecemasan lain ke pusat pemindahan yang menempatkan hampir 5,000 penduduk," kata Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Menurut Pejabat Seismologi negeri, lebih seribu gegaran susulan telah direkodkan sejak gempa itu melanda. -AFP