fb fb fb fb fb

Rusia dakwa Ukraine serang penjara tawanan perang menempatkan anggota Azov


(Kementerian Pertahanan Rusia berkata penjara di Olenivka di wilayah Donetsk yang dikuasai pemisah
telah menjadi sasaran semalaman dengan sistem roket Himars buatan AS Pada 29 Julai 2022/AFP)

MOSCOW, 29 Julai- Rusia dan puak pemisah pro-Moscow menuduh tentera Kiev menyerang sebuah penjara yang menahan tawanan perang di timur Ukraine.

"Menurut maklumat yang ada, pihak Ukraine menembak pusat tahanan yang menempatkan anggota batalion Azov yang berjaya ditawan, menggunakan sistem roket pelancar HIMARS Amerika Syarikat," kata Jawatankuasa Penyiasatan Rusia dalam satu kenyataan.

"Akibatnya, beberapa dozen orang terbunuh," kata penyiasat, sambil menambah bahawa jumlah sebenar mangsa mungkin lebih tinggit.

Jawatankuasa Siasatan, yang biasanya mengendalikan jenayah besar, berkata siasatan jenayah telah dilancarkan.

Kementerian Pertahanan Rusia memalumkan, penjara di Olenivka, wilayah Donetsk yang dikuasai pemisah, menjadi sasaran semalaman.

(FOTO REUTERS)

40 tawanan perang Ukraine terbunuh dan 75 cedera, sambil menambah lapan pekerja penjara turut cedera.

Ketua pemisah Donetsk, Denis Pushilin pula menganggarkan angka kematian sebanyak 47 orang manakala pasukan pertahanan wilayah Donetsk mengatakan bahawa 53 orang maut.

Televisyen Rusia menunjukkan paparan yang kelihatan seperti berek yang musnah dan katil besi yang berselirat.

Ia juga menunjukkan imej kabur kelihatan seperti tubuh manusia.

Menurut Pushilin, tentera Kiev menyerang penjara kerana tawanan perang Ukraine telah mula memberi keterangan.

Pihak berkuasa Ukraine bagaimanapub menafikan menyasarkan infrastruktur awam atau tawanan perang. -AFP

Media Baharu