(Peragaan kostum yang diperbuat daripada coklat)
PERANCIS, 28 Oktober- Kostum coklat bersaiz manusia telah dipamerkan pada sebuah pertunjukan dan turut digayakan oleh model termasuk atlet Olimpik pada Khamis.
Edisi coklat fair ke-27 itu membawakan tema 'Kecemerlangan Perancis'.
Pereka kostum coklat Peru, Ricardo Davila, berkata "mesej yang saya ingin dikongsikan adalah berkaitan ekologi dan alam sekitar, serta menjaga spesies haiwan.
"Inspirasi kostum ini adalah dari hutan Peru, wilayah Amazon. Ia dibuat dengan biji koko, kepingan coklat dan semuanya berunsurkan coklat."
Seramai 280 peserta pameran yang hadir ke Parc des Expositions di Paris.
Pengunjung akan menemui pembuat coklat, pembuat pastri, kuih-muih dari negara pengeluar koko di seluruh dunia.
Bagi seorang model yang memperagakan kostum coklat, Clemence Botino berkata, "malangnya kami tidak boleh makan kostum itu selepas peragaan, tetapi sebenarnya, ia akan menjadi artifak yang dipamerkan di muzium."
Pameran perdagangan tahun ini bermula 28 Oktober hingga 1 November dan menawarkan demonstrasi pastri oleh chef terkemuka serta bengkel membuat coklat untuk orang dewasa dan kanak-kanak.- REUTERS
(Ricardo Davila (kiri), Pereka kostum coklat Peru)