(Pekerja penyelamat memindahkan orang ramai dari kawasan banjir akibat hujan
lebat yang dibawa oleh Ribut Tropika Nalgae di Parang, wilayah Maguindanao / AFP)
COTABATO, 28 Oktober- Banjir buruk dan beberapa kejadian tanah runtuh di wilayah selatan Filipina mengorbankan sekurang-kurangnya 13 orang.
Menurut seorang pegawai kanan kerajaan, ketika ini para penyelamat masih mencari penduduk yang hilang.
Menteri Dalam Negeri Wilayah Autonomi Bangsamoro di Mindanao, Naguib Sinarimbo berkata hujan lebat yang disebabkan ribut tropika menyebabkan banjir dan tanah runtuh menjejaskan beberapa majlis perbandaran di wilayah Maguindanao.
Sinarimbo berkata operasi menyelamat sedang dijalankan bagi mencari mangsa yang hilang, tetapi beliau tidak dapat menyatakan jumlah yang masih hilang.
Ada penduduk yang dilaporkan terperangkap di atas bumbung rumah masing-masing.
Beliau berkata, cuaca pada Jumaat bertambah baik selepas hujan tidak berhenti pada malam Khamis.
"Jumlah mangsa masih bertambah dan kami masih menjangkakan ia akan terus meningkat,"kata Sinarimbo. -AFP
(Awan berkumpul di teluk di Sorsogon, di wilayah Sorsogon Filipina pada 28 Oktober 2022,
menjelang ketibaan Ribut Tropika Nalgae yang dijangkakan / AFP)