fb fb fb fb fb

Lebih 1,400 calon memohon, pilihan raya parlimen di Tunisia

TUNISIA, 28 Oktober - Seramai 1,429 calon memohon untuk bertanding dalam pilihan raya parlimen Tunisia yang dijadual diadakan pada 17 Disember, kata suruhanjaya pilihan raya negara itu.

Agensi Anadolu melaporkan, ketua Pihak Berkuasa Tinggi Bebas untuk Pilihan Raya, Faroukh Bouasker menerusi satu wawancara televisyen berkata bahawa tarikh akhir untuk menerima permohonan daripada calon ialah pada Khamis.

Perwakilan calon wanita ialah sebanyak15 peratus, tambahnya.

Selepas selesai proses tapisan senarai akhir calon akan diumumkan pada 2 November, katanya.

(FOTO HIASAN/AFP)

September ini Presiden Tunisia, Kais Saied meminda undang-undang pilihan raya supaya pengundi memilih individu dan bukannya parti.

Selain itu, kerusi parlimen dikurangkan kepada 161 daripada 217, dengan 10 kerusi mewakili rakyat Tunisia.

Langkah yang diambil oleh Saied ditolak sekeras-kerasnya oleh kebanyakan parti Tunisia, lapornya. - BERNAMA

Media Baharu