fb fb fb fb fb

Korea Utara sahkan duta baharu China di Pyongyang

(Wang Yajun/Reuters)

SEOUL, 8 April- Korea Utara pada Jumaat mengesahkan duta baharu Beijing ke Pyongyang telah menjawat jawatannya di ibu negara itu, walaupun sekatan kekat masih dikekalkan susulan pandemik COVID-19.

Wang Yajun dari China adalah diplomat kanan pertama disahkan oleh media Kerajaan Pyongyang yang telah memasuki negara itu sejak awal 2020.

Menurut media rasmi, Agensi Berita Pusat Korea (KCNA), seorang pegawai tinggi Korea Utara menerima tauliah daripada Yajun di Dewan Perhimpunan Mansudae dekat Pyongyang, Khamis lalu.

Yajun dilantik jawatan itu pada 2021, namun ketibaannya ditangguhkan kerana sekatan sempadan susulan pandemik.

Beijing adalah sekutu dan penyokong ekonomi terpenting Korea Utara, hubungan mereka terjalin dalam pertumpahan darah Perang Korea pada tahun 1950-an.

China menyumbang lebih daripada 90% daripada perdagangan Korea Utara, menurut data yang dikumpulkan oleh Seoul.

Ekonomi negara bersenjata nuklear itu terjejas susulan sekatan COVID-19 yang dikuatkuasakan, selain bergelut dengan krisis kekurangan makanan dan memulakan semula perdagangan rentas sempadan dengan China tahun lepas. -AFP

(Wang Yajun/Reuters)

Media Baharu