fb fb fb fb fb

Korea Selatan rancang bayar pampasan kepada mangsa buruh Jepun

(Menteri Luar, Park Jin pada sesi taklimat pembayaran pampasan kepada rakyat Korea
Selatan yang menjadi buruh paksa Jepun ketika perang pada 6 Mac 2023/Foto AFP)

SEOUL, 6 Mac- Korea Selatan mengumumkan rancangan untuk membayar pampasan kepada rakyatnya yang menjadi buruh paksa Jepun ketika perang.

Kira-kira 780,000 orang dikerah bekerja sebagai buruh paksa sepanjang 35 tahun pendudukan Jepun dari tahun 1910 hingga 1945.

Menteri Luar, Park Jin mengariskan cadangan untuk menyalurkan pampasan menerusi Yayasan Korea Selatan dan tanpa penglibatan Jepun secara langsung.

(Menteri Luar Korea Selatan, Park Jin/Foto AFP)

Ia dalam usaha Seoul merapatkan hubungan dengan Tokyo.

Jepun sambut baik inisiatif Seoul


Sementara itu, Jepun dalam reaksi balasnya menyambut baik cadangan Seoul.

Menteri Luar, Yoshimasa Hayashi yakin inisiatif berkenaan berupaya memulihkan hubungan lebih sihat dengan Tokyo.

Pada 2018, Mahkamah Agung Seoul mengarahkan beberapa syarikat Jepun membayar pampasan kepada mangsa terlibat.

Kini negara itu hanya mengharapkan sumbangan secara sukarela daripada Syarikat Jepun.-AFP

Media Baharu