fb fb fb fb fb

Korea Selatan pertimbang potong gaji penjawat awam tangani inflasi

SEOUL, 30 Ogos- Terdapat keperluan untuk mengurangkan gaji penjawat awam di Korea Selatan demi menangani inflasi.

Perdana Menteri, Han Duck-soo ketika persidangan di Parlimen berkata, kakitangan kerajaan harus membenarkan gaji mereka dipotong untuk mengukuhkan dasar fiskal.

"Setiap penjawat awam perlu mengorbankan bahagian mereka, apabila kadar inflasi yang melambung tinggi datang dari kedua-dua bahagian penawaran dan permintaan.

Kerajaan berada dalam kedudukan sukar dan meminta syarikat swasta menyertai langkah mengurangkan inflasi," katanya.

(Foto fail)

Menteri Kewangan, Choo Kyung-ho menggesa syarikat swasta untuk mengelakkan daripada menaikkan gaji secara berlebihan sambil memberi amaran bahawa kenaikan gaji sedemikian boleh mencetuskan inflasi.

Harga pengguna meningkat pada kadar terpantas dalam tempoh hampir 24 tahun pada Julai disebabkan harga tenaga dan makanan yang tinggi.

Media Baharu