GAZA, 15 Mei - Sekurang-kurangnya 80 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel di sini, semalam.
Pihak berkuasa Gaza melaporkan, mereka yang terkorban termasuk kanak-kanak dan bayi berusia seawal sembilan bulan.
Majoriti mangsa yang maut berada di wilayah utara termasuk Jabalia.
Selain meragut nyawa, serangan kejam tentera Zionis Israel turut memusnahkan banyak bangunan termasuk kediaman penduduk.
Serangan dilancarkan ketika pemimpin Israel, Benjamin Netanyahu berunding dengan utusan Amerika Syarikat (AS), Steve Witkoff mengenai pembebasan tebusan dengan HAMAS.
Rundingan itu sedang berjalan dengan yang terbaharu berlangsung di Doha, Qatar.
Presiden AS, Donald Trump mengadakan lawatan ke negara itu semalam dan berbincang dengan Emir Qatar mengenai isu Gaza.
Witkoff menyatakan, perbincangan kedua-dua pemimpin sangat produktif dan mereka memiliki rancangan yang baik untuk menyelesaikan isu di Gaza termasuk perkara berkaitan pembebasan tahanan. - AFP