UKRAINE, 15 Mei - Ukraine bersedia menerima sebarang format rundingan untuk menamatkan perang dengan Rusia.
Perkara itu dinyatakan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, menjelang rundingan yang akan berlangsung di Istanbul, Turkiye, hari ini.
Bagaimanapun, beliau menegaskan, langkah selanjutnya yang akan dilaksana Ukraine bergantung kepada individu yang mewakili Rusia pada perbincangan tersebut.
"Jawapan terhadap semua persoalan berkaitan peperangan ini termasuk permulaan dan sebab ia masih berterusan, terletak pada Moscow. Cara peperangan ini akan berakhir pula bergantung kepada masyarakat global.
"Ukraine sudah bersedia dengan sebarang format rundingan dan kami tidak takut dengan rundingan yang akan berlangsung di Turkiye. Kemenangan akan berpihak kepada Ukraine," katanya.
Setakat ini, Kremlin masih belum mengumumkan delegasinya untuk perbincangan tersebut. - AFP