CHARSADDA, 30 Ogos- Anggaran awal kemusnahan akibat banjir terburuk di Pakistan baru-baru ini melebihi AS$10 bilion.
Justeru Menteri Pembangunan dan Perancangan, Ahsan Iqbal mengharapkan bantuan antarabangsa untuk membangunkan semula negara itu.
Iqbal menyifatkan tragedi tersebut sebagai bencana kemanusiaan yang disebabkan oleh perubahan iklim pada kadar epik, angkara perbuatan manusia sendiri.
(Foto fail)
Harga makanan juga melambung tinggi berikutan banyak tanaman yang turut ditenggelami air serta jalan tidak dapat dilalui.
Unjuran ekonomi Kementerian Kewangan Pakistan juga memberi amaran mengenai kesan kritikal terhadap tanaman eksport utama, khususnya kapas yang merangkumi lebih 60 peratus eksport negara itu.- REUTERS