fb fb fb fb fb

Korea Selatan mansuh pemakaian pelitup muka hujung bulan ini

(Wanita dilihat mengenakan pelitup muka berjalan melepasi pasangan yang
mengambil gambar di Seoul, Korea Selatan/FOTO FAIL REUTERS)

SEOUL, 20 Januari- Korea Selatan akan memansuhkan pemakaian mandatori pelitup muka di kebanyakan tempat awam tertutup akhir bulan ini.

Perkara itu disahkan Perdana Menteri Han Duck-soo pada Jumaat, namun memaklumkan ia masih perlu dipakai ketika manaiki pengangkutan awam dan ketika berasadi fasiliti perubatan.

Katanya, penarikan pemakaian pelitup muka akan berkuat kuasa pada 30 Januari, sebagai langkah terbaharu negara itu untuk melonggarkan peraturan COVID-19

"Jumlah jangkitan baharu harian terus menurun dan walaupun terdapat kebimbangan mengenai peningkatan kes di China, keadaan di sini terkawal tanpa masalah besar," kata perdana menteri itu semasa mesyuarat respon COVID-19.

Korea Selatan telah mengarahkan ujian COVID-19 untuk pelancong yang tiba dari China selepas Beijing mengambil langkah sama.

Pengumuman Jumaat dibuat tepat tiga tahun selepas Korea Selatan melaporkan wabak pertama jangkitan COVID-19 di negara itu pada 20 Januari 2020.


(Wanita memakai pelitup muka berjalan di daerah beli-belah di tengah-tengah pandemik
COVID-19 di Seoul, Korea Selatan/FOTO FAIL REUTERS)

Ia juga sebagai antara persiapan berjaga-jaga sempena cuti Tahun Baharu Lunar di mana ramai rakyat Korea Selatan pulang ke kampung halaman mereka.

Pelonggaran peraturan pemakaian pelitup muka ditambah dengan cuti yang akan datang boleh mengakibatkan lonjakan dalam kes baharu, Han memberi amaran, menggesa pihak berkuasa kesihatan untuk terus berwaspada terutama bagi golongan berisiko terhadap jangkitan.

Korea Selatan telah membatalkan kebanyakan langkah berjaga-jaga yang berkaitan dengan pandemik, tetapi ia mengekalkan peraturan pengasingan tujuh hari bagi mereka yang positif COVID-19 -REUTERS

Media Baharu