SEOUL, 27 Disember - Korea Selatan melaporkan satu lagi kes selesema burung di sebuah ladang ternakan ayam, menjadikan jumlah keseluruhan kes musim ini kepada 23, menurut pihak berkuasa pada Sabtu, lapor Agensi Berita Yonhap.
Kes terbaharu itu dikesan lewat Jumaat di sebuah ladang ayam di bandar Asan, kira-kira 85 kilometer di selatan Seoul, menurut Central Disaster Management Headquarters.
Pihak berkuasa mengehadkan kemasukan ke ladang berkenaan serta memulakan proses menakai ternakan dan siasatan terhadap wabak itu.
Mereka turut mengarahkan perintah henti sementara ke atas kemudahan berkaitan serta kenderaan pertanian di kawasan terjejas, menurut pegawai berkenaan. - BERNAMA-YONHAP