fb fb fb fb fb

15 maut bas terjunam dalam gaung di Guatemala

Mayat mangsa nahas bas terjunam ke dalam gaung di Cumbre de Alaska, Totonicapan, Guatemala/Foto AFP

Guatemala City, 27 Disember – Sekurang-kurangnya 15 orang maut manakala 19 lagi cedera selepas sebuah bas terjunam ke dalam gaung di Lebuhraya Pan-Amerika di barat Guatemala.

Jurucakap pasukan bomba tempatan, Leandro Amado berkata, mangsa yang terkorban terdiri daripada 11 lelaki, tiga wanita dan seorang kanak-kanak.

“Seramai 15 orang disahkan meninggal dunia dalam nahas jalan raya ini, manakala kira-kira 19 mangsa yang cedera telah dikejarkan ke hospital berhampiran lokasi kejadian,” katanya kepada pemberita.

Punca nahas masih dalam siasatan, manakala operasi menyelamat dan pemindahan mangsa dijalankan sejurus kejadian dilaporkan. - REUTERS

GRACE AISYAH KEDAYAN