fb fb fb fb fb

Korban gempa di Sichuan cecah 82 orang

SICHUAN, 9 September- Angka korban akibat gempa bumi yang melanda wilayah Sichuan di barat daya China telah mencecah 82 orang.

Media tempatan melaporkan, gempa berukuran 6.8 pada skala Ritcher itu turut menyebabkan 270 yang lain cedera.

Pusat Gempa Bumi China memaklumkan, kejadian itu telah memusnahkan rangkaian elektrik dan merosakkan kediaman serta infrastruktur.

Pihak berkuasa tempatan juga telah memindahkan 10,600 penduduk dari kawasan terjejas sementara operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan.

(Anggota keselamatan mengangkat bekalan untuk kegunaan penduduk terjejas / Foto AFP)

Wilayah Sichuan antara wilayah paling kerap dilanda gempa bumi di China.

Pada Mei 2008, gempa bumi berukuran 8.2 pada skala Richter melanda kawasan terbabit sehingga menyebabkan 87,150 orang terkorban atau hilang, manakala 374,000 cedera dan berjuta-juta lagi hilang tempat tinggal.

Kerosakan infrastruktur dianggarkan melebihi 1 trilion yuan.

Media Baharu