fb fb fb fb fb

Korban gempa bumi di Jepun meningkat 62 orang

Bangunan tujuh tingkat di Wajima, Ishikawa tumbang, sehari selepas tragedi gempa bumi kuat Isnin lalu/AFP

WAJIMA, 3 Januari- Angka korban tragedi gempa bumi kuat berukuran 7.5 magnitud yang melanda wilayah Ishikawa, Jepun pada Isnin lalu meningkat kepada 62 orang hari ini.

Ketika ini, pasukan menyelamat dan menyelamat (SAR) sedang bertungkus-lumus mengesan mangsa dengan kebimbangan gegaran susulan boleh berlaku pada bila-bila masa.

Semalam, wilayah itu digegarkan dengan gempa susulan berukuran 5.6 magnitud.

Perdana Menteri, Fumio Kishida berkata, pasukan penyelamat kini sedang bergelut melawan masa bagi mencari mangsa yang masih hidup.

"Kerosakan sangat besar telah disahkan, termasuk banyak korban, bangunan runtuh dan kebakaran.

"Kami perlu 'berlumba' dengan masa untuk mencari dan menyelamatkan mangsa gempa," katanya selepas mesyuarat tindak balas bencana semalam. -AFP

SITI AISHAH BINTI MD ISA